Monday, January 19, 2009

The most stupid comments ever heard/read... no wonder why ppl reject BARISAN NOOBIES

BN mungkin menang jika pengundi luar balik mengundi
MELAKA 18 Jan. - Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi semalam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, faktor tersebut menjadi antara penyebab kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi.
Beliau berkata, pada pilihan raya kecil kali ini, peratusan yang keluar mengundi hanya 79 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 2004.
"Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 24 Jam St. John Ambulans Malaysia cawangan Melaka di sini hari ini.
Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar.
Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.
Mohd. Ali menambah, faktor lain yang menjadi punca kekalahan ialah BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu.
"Pas sebenarnya mahukan pembangunan tetapi mereka suruh orang BN yang buat dan nampaknya pembangunan bukan lagi menjadi perkara terbaik perlu dilakukan BN," katanya.
Dalam nada menyindir Mohd. Ali berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.
"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya.

Sumber ==> Utusan Malaysia Online (19th January 2009)

If you read properly the bolded sentences...

  1. Even all the 3k voters who resides outside of town would come back, you still lost around 200 voters compared to last election on Mac 2008. That's if all 3k are BN voters. Of course, taking reality into account it will never be 100%... Even if you are good and best, you probably get the most 75%, the other 25% could be in opposition... that's mean BN only have around 2250 votes, still not enough to beat the current majority...
  2. here is the statistic... if 90% of those 3k is BN voters, BN will receive 32952 votes, and PAS receive 33183 votes... still not enough to win... even at 93% is not enough for BN to win... you expect 95% out of those 3k??? i'm not sure about that...
  3. the thing is, you should accept, people dont want Datuk Wan Ahmad Farid who is nooby in KT... dumb BN... no wonder u lost...
  4. why ppl choose PAS over BN this time??? just take a look at what BN have done to KT... haunted building of Kompleks Paya Bunga... wasteful Masjid Kristal... 1mil USD of Monsoon Cup... the biggest flaw in this Barisan Noobies is, the return of ROYALTI MINYAK TERENGGANU by Ahmad Said... that's the biggest flaw that opened all the KT voters of the truth... last 10 years, the government said there are no royalti Terengganu... why is it there now??? you should've fight back when Ahmad Said want it back... not just give it back like that... now BN looks like a fool, a line of noobies...
Editted 1 time by MRL ==> silly me, forgot to give credit to the source...

1 comment:

Unknown said...

Snippets:

1. BN juga boleh janjikan syurga. Syurga dunia.

2. 3000 pengundi itu sepatutnya pengundi hantu. 100% BN.

3. Nampaknya proses penerimaan semula royalti akan menjadi lebih rumit selepas ini.

a. MB Terengganu tak boleh beri keyakinan kepada BN bahawa mereka boleh menang PRU13 akan datang.

b. Jika PAS menang kerajaan Terengganu dalam PRU13, kerajaan pusat pasti segan untuk mengulangi drama sekat royalti sekali lagi.

c. Kita tunggu Mac ini sama ada duit itu benar-benar sampai atau tidak di tangan kerajaan negeri.

d. Janji orang politik perlu diragui sehingga ia benar-benar terjadi.